Tuesday, October 27, 2009

PENGEMBARAAN FEELONE DI BUMI DARUL NAIM..

15 Oktober 2009  jam 8.00mlm di Perhentian bas Greenwood, Gombak.
Kami mulakan pengembaraan kami di sini bersama dgn sahabat kami yang tidak dapat turut serta, dimana kami makan malam bersama2 dan membincangkan serba sedikit perancangan kami semasa di Kota Bharu nanti. Setelah selesai makan, kami terus menunggu bas yang bakal membawa kami ke sana iaitu bas Darul Naim bernombor 10. Perasaan kami pada waktu itu amat berdebar dan harapan kami agar perjalanan kami dilindungi Allah S.W.T dan selamat sampai ke destinasi.

16 Oktober 2009 jam 7.05pg di Perhentian Kota Bharu berdekatan dgn Pasar Siti Khadijah.
Setelah kami sampai di Kota Bharu ni, kami terus ke masjid Muhamadi untuk solat subuh berjemaah. Setelah selesai solat berjemaah, kami bercadang untuk bersarapan pagi dahulu sebelum mencari rumah bapa saudara sahabat kami yang tinggal di Pekan Cek Yeh. Setelah bersarapan, kami terus dijemput oleh bapa saudara kepada sahabat kami atau dikenali sbg Udeh. Udeh tinggal bersama2 dgn isteri dan anak tunggalnya. Kami amat berbesar hati dengan keluarga Udeh kerana sudi membenarkan kami menginap di rumahnya. Setelah tiba dirumahnya, Udeh memperkenalkan ahli keluarganya kepada kami dan bertaaruf dgn kami sendiri. Udeh membenarkan kami berehat sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Kami solat jumaat di Masjid Muhamadi, dan setelah selesai solat kami diajak ke Pantai Cahaya Bulan untuk makan Colek( makanan yang seperti steamboat cuma ia digoreng dgn tepung). Sungguh enak rasanya dan setelah selesai makan, kami bergambar di tepi laut tersebut sebagai tanda kenangan kami disana.

 
 


(Gambar diatas: kenangan kami bersama2 dgn Udeh di PCB Pantai Cahaya Bulan)


No comments:

Post a Comment