Tuesday, November 1, 2011

Salam Ukhuwah

Assalammualaikum semua, apa khabar? diharap semua pembaca dan bloggers yang lain dalam keadaan sihat dan bahagia. Hari ini 1 November 2011 dan tidak lama lagi kita umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha dan saya mewakili kumpulan FeelONE mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan bersama sama kita berdoa untuk para pejuang HAJI di Makkah AL Mukarramah supaya mereka dilindungi dan agar mereka sihat2 di sana dan seterusnya mendapat Haji yang Mabrur.. amin.. insyaAllah..



Saturday, October 15, 2011

Persembahan FeelOne di Majlis Walimah Safarizan dan Maizatul.

Assalammualaikum w.b.t kepada semua..
Pada tanggal 7 hb 10 2011 kami bertolak ke Gemenceh N. Sembilan pada jam lebih kurang 6.15 ptg. Dan kami  tiba disana dalam jam 11.30 mlm. Pada keesokkan harinya tibalah saat2 yang dinantikan oleh sahabat kami ini menamatkan zaman bujangnya bersama zaujati tercinta dan di majlis tersebut dihadiri kaum keluarga serta sanak saudara dan yang lebih istimewa lagi diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan In-Team, Sahabat kami Atlizan  serta kami sendiri dengan tujuan menghiburkan sahabat kami serta hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Majlis berakhir pada jam lebih kurang 4.30ptg dan Alhmdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Ketika di R&R untuk Solat dan Makan.


Keindahan Pelamin pasangan mempelai.



Sahabat kami saudara Atlizan yg sedang test mic


Acara persembahan pembukaan oleh kumpulan In-Team


Inilah dia Sahabat kami bersama pasangannya..


Acara makan beradab bagi pasangan serta keluarga pasangan


Persembahan dari sahabat kami Atlizan.


Ahli KTI turut hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis.


Kini tiba giliran kami membuat persembahan penutup bersama sahabat kami Atlizan dan Pengantin juga turut menyumbang suara disaat kami ingin menutup persembahan kami untuk lagu terakhir dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..


Sekian sahaja laporan saya untuk aktiviti terkini kumpulan FeelONE..

Mohd Hasif@ajibtu


Friday, April 29, 2011

Sekadar Pemanis Kehidupan

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 

Sunday, March 27, 2011

Anjakan Paradiqma FeelONE 2011

Assalammualaikum W.B.T kepada semua..
Hari ini dalam sejarah, setelah bertahun-tahun lamanya kami Kumpulan FeelONE mengidam - idamkan untuk membina studio rakaman akhirnya berhasil pada tanggal 19 hb Mac 2011 telah terbangunya FeelONE records di Darul Furqan Setiawangsa, Kuala Lumpur. Studio FeelONE ini walaupun agak sederhana tetapi insyaallah akan menghasilkan album kami sendiri pada akhir tahun ini. Sesungguhnya kami berharap agar dapat bersama-sama berada di tahap yang kami sasarkan dan yang paling penting adalah dakwah yang kami sampaikan agar dapat menyentuh para pendengar serta peminat nasyid tanah air. Kami juga telah mengatur langkah untuk menjadi penasyid yang mampu memberi khidmat kepada peminat seperti Persembahan untuk majlis Khas, Perkahwinan, atau lain-lain disamping kami juga menawarkan khidmat untuk mengajar nasyid ke peringkat sekolah mahupun IPT, dan Insyaallah dengan langkah yang telah kami cipta dapat memberi berkah kepada kita semua.. 

 

Monday, April 12, 2010

AKTIVITI DI DALAM DAN DI LUAR RAKAMAN SINGLE FEEL ONE

Bagi menghasilkan sebuah lagu yang bermutu, selama 4 bulan ini, kami bertungkus lumus menyiapkan suara latar, solo, penambahan instrumen percussion dan sebagainya. Bermula dengan rakaman draft demo (rujuk Feel One Nasyeed Group facebook), Feel One telah hampir pada penghujung untuk lagu pertama. Lagu pertama yang dirakam adalah KeampunanMu, hasil karya saudara Hasif Feel One.

                               
Latihan vokal dan penambahbaikan dalam susunan muzik
Dalam sela masa persiapan lagu KeampunanMu ini, kami selitkan dengan latihan pemantapan vokal dan penambaikan dalam susunan muzik bagi menambah 'perisa' dalam penghayatan dan kemudahsampaian lagu2 Feel One. Selalunya latihan diadakan di Darul Furqan(taman keramat), Rumah Aizat dan studio inteam.

                                                                                   
Penambahan instrumen percussion di dalam susunan muzik
Nasyid tidak terasa lengkap andai tiada sentuhan dari instrumen percussion, oleh yang demikian, Feel One telah menjemput Adam Syamil, yang mahir dalam permainan perkusi untuk susunan percussion dalam lagu kami, terima kasih kami ucapkapkan pada Adam Syamil atas sumbangan idea susunan percussion.