Tuesday, October 27, 2009

PENGEMBARAAN FEELONE DI BUMI DARUL NAIM..

15 Oktober 2009  jam 8.00mlm di Perhentian bas Greenwood, Gombak.
Kami mulakan pengembaraan kami di sini bersama dgn sahabat kami yang tidak dapat turut serta, dimana kami makan malam bersama2 dan membincangkan serba sedikit perancangan kami semasa di Kota Bharu nanti. Setelah selesai makan, kami terus menunggu bas yang bakal membawa kami ke sana iaitu bas Darul Naim bernombor 10. Perasaan kami pada waktu itu amat berdebar dan harapan kami agar perjalanan kami dilindungi Allah S.W.T dan selamat sampai ke destinasi.

16 Oktober 2009 jam 7.05pg di Perhentian Kota Bharu berdekatan dgn Pasar Siti Khadijah.
Setelah kami sampai di Kota Bharu ni, kami terus ke masjid Muhamadi untuk solat subuh berjemaah. Setelah selesai solat berjemaah, kami bercadang untuk bersarapan pagi dahulu sebelum mencari rumah bapa saudara sahabat kami yang tinggal di Pekan Cek Yeh. Setelah bersarapan, kami terus dijemput oleh bapa saudara kepada sahabat kami atau dikenali sbg Udeh. Udeh tinggal bersama2 dgn isteri dan anak tunggalnya. Kami amat berbesar hati dengan keluarga Udeh kerana sudi membenarkan kami menginap di rumahnya. Setelah tiba dirumahnya, Udeh memperkenalkan ahli keluarganya kepada kami dan bertaaruf dgn kami sendiri. Udeh membenarkan kami berehat sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Kami solat jumaat di Masjid Muhamadi, dan setelah selesai solat kami diajak ke Pantai Cahaya Bulan untuk makan Colek( makanan yang seperti steamboat cuma ia digoreng dgn tepung). Sungguh enak rasanya dan setelah selesai makan, kami bergambar di tepi laut tersebut sebagai tanda kenangan kami disana.

 
 


(Gambar diatas: kenangan kami bersama2 dgn Udeh di PCB Pantai Cahaya Bulan)


Sunday, October 4, 2009

Sesi Beraya bersama Kelab Teman In-Team



Assalammualaikum, pada 3 Oktober 2009 iaitu pada hari Sabtu, seawal jam 7.30 pagi team Komuniti Teman In-Team(KTI) telah berkumpul di UM dan ahli Feel One yang terlibat iaitu saudara Safarizan dan Hasif baru bertolak pada jam 7.30 dan sampai di UM kira-kira dalam 7.50 pagi. Dan sesi perbincangan telah dimulakan bagi memberi arahan kepada setiap ahli yang mengikuti dimana mereka dibahagi mengikut kenderaan yang terlibat iaitu sebanyak 7 buah kereta dan arah jalan yang perlu dilalui serta destinasi yang hendak dilawati mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Berikut adalah destinasi yang telah dilawati oleh team KTI:
  • Tanah perkuburan di Shah Alam - Kubur Arwah Ust Asri Rabbani.
  • Rumah teman KTI - saudara Mazri
  • Tanah perkuburan Arwah ayahnda kepada teman KTI.
  • Rumah Abg Amin In-Team
  • Rumah Abg Rahim In-Team
  • Rumah Abg Shah In-Team
Sesi beraya FeelOne bersama KTI berakhir di rumah abg Shah pada jam 6.00 ptg sehingga maghrib.

Di atas ini adalah gambar bersama salah seorang teman KTI iaitu saudara Hilmi dan gambar yang digunakan untuk blog ini adalah hasil karya editing beliau sepenuhnya..
(http:www.yeopmi.com) Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau.

( sender: ajibtu@feelone)



Thursday, October 1, 2009

Erti bulan kemenangan....

Assalamualaikum warahmatullah...
segala puji bagi Allah yang mencipta langit dan bumi, yang mengurniakan rahmat yang melimpah ruah, yang mengasihi hamba-hambaNya tanpa mengira kaum atau bangsa. selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, para keluarga baginda(ahlul bait), sahabat-sahabat baginda dan penerus perjuangan baginda.
Berlalu sudah Ramadhan yang mulia, bagi yang beriman, pasti ia sangat menyedihkan...
Ramadhan merupakan bulan perjuangan, bulan jihad umat Islam mengawal nafsu yang bisa merobek kemurnian jiwa dan ibadah kita. malah Allah menjanjikan ganjaran berlipat ganda dengan segala amal ibadah yang kita lakukan. betapa maha pengasih Allah, tuhan pencipta alam dan mengurniakan nikmat dan Rahmat kepada kita, dan betapa maha penyayang Allah itu sehingga mencipta satu bulan khas (ramadhan) untuk kita membersihkan dosa dan mempertingkatkan iman dan taqwa...
ramadhan...akhirnya berlalu dengan penuh keinsafan...
tiba pula bulan syawal, bulan kemenangan umat islam setelah sebulan berjuang berlapar dahaga dan mengawal nafsu. namun apakah kita menghayati dan memahami BULAN KEMENANGAN ini?
renungilah wahai sahabatku sekalian,
adakah kita istiqamah dengan amal ibadah kita di bulan ramadhan?
adakah kita istiqamah dengan azam kita di bulan ramadhan?

semua azam telah kita dustakan bila tiba bulan syawal...
kita sambut ia seolah-olah bulan ramadhan bulan yang memenatkan...
lihat saja persiapan syawal yang jauh melebihi perbelanjaan kita seharian. alasan kita ''sekali sahaja dalam setahun'',''bukan ke kita nak beraya, puasa habis dah'',''aku puasa penat sebulan, kena la raya sebulan'', masih lagi kita menghayati perjuangan di bulan Ramadhan. di mana mujahadah kita? kemudian, kita lihat dengan hidangan program yang disajikan di televisyen. penuh dengan konsert, nyanyian, program sitkom yang melalaikan yang terkadang menyindir bulan ramadhan.

oleh yang demikian sahabat-sahabatku,
renungilah semula bulan kemenangan(syawal) ini. kita belum lagi berjaya bahkan didustai lagi dengan hasutan syaitan dan iblis. astaghfirullah, astaghfirullah, astagfirullah, bersama-samalah kita ingat mengingati. tidak salah menyambut bulan syawal dengan segala persiapan yang menarik, tapi berwasatiah(bersederhana) itu lebih mulia malah dituntut dalam islam. usah kita terpengaruh dengan budaya yang melalaikan yang boleh menghancurkan kesucian agama Islam. Wallahua alam.

salam kemenangan buat semua umat islam ('',)