Monday, April 12, 2010

AKTIVITI DI DALAM DAN DI LUAR RAKAMAN SINGLE FEEL ONE

Bagi menghasilkan sebuah lagu yang bermutu, selama 4 bulan ini, kami bertungkus lumus menyiapkan suara latar, solo, penambahan instrumen percussion dan sebagainya. Bermula dengan rakaman draft demo (rujuk Feel One Nasyeed Group facebook), Feel One telah hampir pada penghujung untuk lagu pertama. Lagu pertama yang dirakam adalah KeampunanMu, hasil karya saudara Hasif Feel One.

                               
Latihan vokal dan penambahbaikan dalam susunan muzik
Dalam sela masa persiapan lagu KeampunanMu ini, kami selitkan dengan latihan pemantapan vokal dan penambaikan dalam susunan muzik bagi menambah 'perisa' dalam penghayatan dan kemudahsampaian lagu2 Feel One. Selalunya latihan diadakan di Darul Furqan(taman keramat), Rumah Aizat dan studio inteam.

                                                                                   
Penambahan instrumen percussion di dalam susunan muzik
Nasyid tidak terasa lengkap andai tiada sentuhan dari instrumen percussion, oleh yang demikian, Feel One telah menjemput Adam Syamil, yang mahir dalam permainan perkusi untuk susunan percussion dalam lagu kami, terima kasih kami ucapkapkan pada Adam Syamil atas sumbangan idea susunan percussion.

 


RAKAMAN SINGLE FEEL ONE

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dihormati :)

Alhamdulillah, setelah lama kami bertapak secara underground dalam dunia nasyid dan hiburan, kini kami menyusun langkah2 yang sekian lama kami ukir dengan pengalaman2 dari tahun2 yang terdahulu. kini kami sedang dalam proses untuk menyiapkan single kumpulan kami, Feel One. Dalam single tersebut kami muatkan 3 lagi hasil dari karya ahli2 Feel One sendiri iaitu Asyraf dan Hasif dan satu lagu dari sahabat kami, razman in heart. recording bermula pada awal bulan Januari setelah mendapat kata2 sepakat dari musyawarah Feel One. Rakaman kami bertempat di studio In Team, terima kasih in team, :)


Sesi rakaman dan konsultansi Feel One dikendali oleh produser yang mempunyai bakat dan penghasilan karya yang bermutu iaitu saudara Aizat Ikhwan yang pernah bekerjasama dengan Hijjaz dan beberapa nama dalam dunia nasyid dan hiburan. Beliau bekerjasama dengan seorang composer muzik muda yang berbakat juga menghasilkan runut bunyi yang bermutu untuk single album kami. beliau adalah saudara Roslan zamawi dari kumpulan nasyid PARADISE dan kini beliau bersama group nasyid beliau juga sedang dalam proses menghasilkan single album mereka.

Antara lagu-lagu yang bakal kami tampilkan ialah :
1) KeampunanMU (lirik dan lagu : Hasif Feel One)
2) Syiar Islam (lirik dan lagu : Asyraf Feel One)
3) Bencana Dunia (lirik dan lagu : Razman in heart)

Sekalung penghargaan buat sahabat2 dan sesiapa sahaja yang telah membantu Feel One. Moga Allah membalas jasa kalian dengan rahmat dan keberkatan didalam kehidupan, amin.

Monday, January 11, 2010

Kawan? Sahabat? Akhir zaman....


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna



Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari



Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka



Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal



Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis 
Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur



Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan



Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan
diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah 
alam barzakh itu tidak akan ditempuh



sahinal_FeelOne