Thursday, August 20, 2009

sekadar renungan buat teman.....

hargailah jasadmu yang ditemani dengan roh yang mulia.....
sucikan jasadmu dengan wuduk yang sempurna...dan..
hiburkan rohmu dengan kemanisan iman dan taqwa kepada Allah...
hidupkan jasadmu dengan pekerjaan yang diredhai Allah...dan...
belailah rohmu dengan kekusyukan solat lima waktumu...

ingatlah wahai saudara-saudaraku...
jasad kita inilah sebagai saksi kita di akhirat kelak..
wallahu'alam...

Saturday, August 15, 2009

Daripada Anas r.a berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mashaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik daripada manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya iaitu anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara : sedekah amal jariah, ilmu yang berguna dan diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya.”
HADIS AKHIR ZAMAN


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata :- Bersabda Rasulullah S.A.W. :-

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan dia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

(H.R. Muslim)

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda;-

“Apabila ummatku telah membuat 15 pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu;-

1) Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu.
2) Apabila suatu amanah itu dijadikan sumber keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami memperturutkan kehendak isteri.
5) Anak menderhakai ibunya
6) Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya.
7) Dia suka menjauhkan diri dari bapanya.
8) Suara sudah ditinggikan di masjid.
9) Orang yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang hina diantara mereka.
10) Seseorang di muliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11) Arak sudah di minum di merata tempat.
12) Kain sutera banyak di pakai oleh lelaki.
13) Para artis disanjung-sanjung.
14) Muzik banyak dimainkan.
15) Generasi akhir ini mengutuk(menyalahkan) generasi awal(sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah @ gempa bumi ataupun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain.

“Daripada Ali bin Abi Talib berkata:- Bersabda Rasulullah S.A.W. :-

…..sesudah hampir sampai suatu masanya dimana tiada lagi islam melainkan namanya sahaja dan tidak tinggal daripada Al-Quran, kecuali tulisan-tulisannya, masjid-masjid tersergam indah, tetapi ianya kosong daripada hidaya Allah, ulamak mereka adalah sejahat-jahat makhluk, yang ada dibawah naungan langit. Daripada merekalah berpunca segala fitnah itu yang akan kembali.”

(H.R. Al Baihaqi)

Wednesday, August 12, 2009

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. - mks.

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'. - mks


dari FeelONE: Marilah kita sama2 sedekahkan surah Al-Fatihah dan Yasin buat arwah moga2 rohnya ditempatkan bersama2 dgn orang2 yang beriman...amin.

Thursday, August 6, 2009

Inilah Kami.....

ANGGOTA KUMPULAN FEEL ONE

Sahinal Azral bin Sulaiman


Mohd Solleh bin Ridhuan

Mohd Safarizan bin Riffin

Khairul Ashraf bin Ghazali

Mohd Hasif bin Azizan


Monday, August 3, 2009

BERMULANYA PENGEMBARAAN KAMI...

Feel ONE disini.
Assalammualaikum teman2 dan sahabat2 sekalian. Alhamdulillah, setelah sekian lama kami bertapak di dalam persada nasyid tanah air ini kami ingin melebarkan lagi ukhuwah persaudaraan kami sesama kalian di dalam laman maya ini.
insyaallah kami akan mengembangkan elemen kami untuk berdakwah bersama2 dgn kumpulan nasyid yang lain bersama2 berjuang dalam berdakwah sambil berhibur.
Dan akhir sekali sokonglah kami yang masih baru dalam industri ini dan sama2 kita berjuang dalam menegakkan syiar Islam dimata dunia..