Saturday, August 15, 2009

Daripada Anas r.a berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mashaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik daripada manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya iaitu anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara : sedekah amal jariah, ilmu yang berguna dan diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya.”

No comments:

Post a Comment