Thursday, November 26, 2009

Di mana-mana saja ada 'anti-god believers' atau 'atheist' (awas!!) siri 1

Assalamualaikum w.b.t,

Di sini ana ingin berkongsi fakta mengenai 'anti-god believers' atau 'atheist'. Ana ingin tekankan kepada para gamers yang terlalu asyik dengan permainan video yang terkadang memberi impak kepada mentaliti masyarakat kita. Ana banyak survey mengenai permainan video terkini terutama nintendo wii, playstation, Xbox dan sebagainya, namun apa yang ana dapati, kebanyakan francais permainan tersebut mempromosi permainan yang menjurus kepada 'anti-god' atau 'atheist'. Banyak siri permainan yang mempunyai genre tersebut, tetapi ana ingin memetik salah satu permainan dari pelantar Playstation 2, dan tajuk permainan tersebut adalah "star ocean : till the end of time" dari pengeluar "square enix".

Di ringkaskan, di awal permainan, ia menceritakan mengenai perbalahan antara pihak-pihak tertentu, dan di pertengahan jalan cerita, pihak-pihak tersebut menyalahkan 'Tuhan' kerana ingin memusnahkan alam dan seisinya. Dan mengambarkan tentera 'Tuhan' dengan wajah-wajah syaitan. Nauzubillah, akhirnya setiap dari kaum tersebut bersatu untuk menghancurkan 'tuhan' dengan memasuki sebuah dimensi dengan mengambarkan tempat itulah 'Tuhan' mendiami. Astaghfirullah. lebih memeranjatkan lagi, apabila memasuki dimensi tersebut, mereka mendapati 'tuhan' itu sama normanya dengan manusia dari segi sifat dan fizikal.

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, terlalu mudah dan sangat seni manusia ini dengan menyelitkan fahaman yang tidak mempercayakan Tuhan ini. Kita sebagai umat islam perlu sedar dan berwaspada dengan teknologi yang boleh merosakkan minda, mentaliti dan kepercayaan kita sebagai umat islam yang taat pada Allah seperti yang terdapat dalam rukun iman. Tiada salahnya hiburan ini, tetapi apabila kita salah mengaplikasikannya, maka terjadilah kejadian seumpama ini. Jangan sampai turunnya kemurkaan Allah, barulah kita nak bertaubat. Wallahu 'alam.

sahinal_FeelOne

No comments:

Post a Comment